Monday, January 15, 2018

Lencana Keahlian



Lencana ini dianugerahkan kepada seorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan  Pengakap Malaysia yang luas itu.


Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap. 

Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

1. Peraturan pakaian seragam Pengakap. 
2. Prinsip Rukun Negara. 
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 
4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap. 
5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell. 
7. Simpulan & ikatan : - 
    -  Buku Sila (Reef Knot)
    -  Bunga Geti (Sheet Bend)
    -  Simpul Manuk (Clove Hitch)
    -  Tindih Kasih (Bowline)
    -  Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)
    -  Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)



Bagi  mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-kanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.




1. Peraturan Pakaian Seragam Pengakap

Lelaki


Perempuan


2. Prinsip Rukun Negara

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan.

3. Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Dunia

Lambang Pengakap Malaysia


a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap".

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

d) Bintang pecah 14  yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.

kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Pengakap Dunia


a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.'
b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.
c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap.
d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.
e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.
f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.



Lencana Keahlian

Lencana Keahlian

Lencana ini dianugerahkan kepada seorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan  Pengakap Malaysia yan...